Tuesday, 5 April 2016

Aku, Rania dan MR. IR

Aku tak pernah mimpi untuk dapatkan dia. untuk bercinta dengan dia, apatah lagi.
saya nak jumpa awak harini, boleh? ,'mr. IR
erm .... boleh tapi tunggu saya balik kerja, boleh?,'ema'
ok boleh. jumpa dekat mana?,Mr. IR
Alamanda, Putrajaya pukul 7.30 lepas maghrib,'kataku
ok jumpa di alamanda, ' Mr.IR

eh jap... kenapa aku setuju untuk jumpa dengan dia? aaargghhh bodohnya aku. ok.. ok.. take a deep breath.. hembus.. tarik nafas.. hembus.. aku hanya berkata-kata sendirian. tanpa sedar hatiku sedikit berbunga-bunga. entah kenapa, aku tersenyum. gatal!


seakan timbul satu perasaan yang tak pernah aku terjangkau di fikiran aku. jatuh cinta sekali lagi bukan yang aku impikan. bukan lagi menjadi impian aku bahkan bukan lagi dalam senarai what to do aku. MR. Dr. IR. Ahmad Shauqi Bin Abdul Aziz. orangnya tidak segah namanya. hanya insan biasa dan orangnya juga biasa-biasa sahaja. aku terpegun., aku bangga dapat kenal dengan orang yang rendah diri, tidak sombong tetapi punyai ilmu yang penuh di dada.


siapa nama dia? ' tanya mr.IR

Nur Safia Rania, jawabku ringkas sambil tersipu malu.
hai Rania. secomel mamanya.. Rania nak makan ape?, dia terus berkomunikasi dengan anakku tanpa hiraukan aku.
Rania hanya tersenyum dan main dengan dunia dia sendiri. terokai ape yang ada di sekeliling dan bertanya apa yang dia nampak untuk mengetahui apa yang ada di dunia yang penuh fana ini.
Awak nak makan ape? saya tolong orderkan. tentu awak lapar, tak makan lagi kan? , tanyaku malu
Saya nak makan sizzling. dah lama xmakan sizzling kat sini. Dulu selalu jugak lepak sini makan sizzling dengan kawan. sekarang dah kurang sebab selalu sibuk dengan kerja, jawabnya.
okey.. permintaan di terima, jawabku ringkas,

Kami makan dengan teratur. rania juga. melayan si kecik makan memang satu aktiviti yang mencabar. arrgh buat apa nak malu. Jika dia ikhlas untuk terima aku, dia mesti terima segala keadaan aku. apa yang aku hadapi, aku lalui bersama dengan anakku, Rania. kesabaran itu penting.


seusai makan, kami jalan-jalan kat tepi kolam. kami bercerita tentang diri masing-masing. tiada apa yang menarik tentang diri aku. tapi bagi aku, cerita hidup dia amatlah menarik dan aku tertarik. banyak sangat yang aku nak dalam hidup ni yang dia dah capai. semua benda yang aku nak tp yang dia dh capai. ermm. mundurnya aku.. aku nak belajar di Oxford University, UK.. dia dah pun menjejakkan kaki ke sana. siap jadi best student lg.. aku nak sgt jalan bawah pohon sakura tapi dia siap lepak bawah pokok tu .. bukan sekali dua, dah banyak kali. tapi bezanya.. dia jalan sorang. aku impikan untuk pergi dengan orang yang tersayang. oh impian! dapat ke tak lain cerita. nama pun impian!


tergelak dia dengar penjelasan aku yang panjang lebar. berjalan, melancong sorang diri walaupun pergi ke tempat yang paling seronok di dunia akan jadi tak seronok. berbeza jika kita pergi dengan orang yang kita sayang walaupun tempat itu punyai serba kekurangan, akan lebih menyeronokkan.



bersambung....


No comments:

Post a Comment